Still trying to be a great Muslimah.
Will update this blog someday.
:)
Because He knows what best for us.

March 14, 2014

Kerana Tarbiyah dan Teguran Itu



Assalamualaikum!

Aku ini dulunya sekolah agama.
Tapi perangai tak macam sekolah agama.
Pergaulan tak macam sekolah agama.
Dipendekkan dulu, segalanya tak macam sekolah agama.HAHA

Aku mengenal tarbiyah itu semasa tingkatan 1.
Melalui Usrah yang dianjurkan oleh sekolah aku which is Maahad Muhammadi Perempuan.
Setiap hari Rabu, 2 minggu sekali.
Masih aku ingat, tiap kali hari Rabu, 
mesti ada je niat nak ponteng usrah. HAHA.
Tapi aku tahu, kalau ponteng nanti kena hadap Ustazah-ustazah Bilik Disiplin.
So, ending up, pergi lah jugak.

Berbulatan, dengan kakak-kakak usrah. 
Kadang-kadang atas padang. Kadang kadang tepi longkang.

Apa yang aku ingat, kakak-kakak Usrah aku dulu baik.
Sangat baik. Buat aku rasa selesa. Diorang tak judgemental.
Bila habis usrah, berpelukan antara satu sama lain.
Mungkin itu salah satu sebab yang membuatkan aku terus pergi Usrah walaupun aku agak tak suka pada masa tu. Aku selesa. 

Dulu, lepas aku keluar MMP dan masuk MPI,
Aku kenal dengan seorang Ustazah. Ustazah Nazriah.
Ustazah yang aku akan ingat sampai bila bila.

Masa tu, aku ada firasat.
Firasat bahawa Ustazah Nazriah tahu yang aku ini tidak lah seperti student sekolah agama yang lain.
Which is baik, aurat jaga, etc.
Tapi dia senyap.

Setiap kali aku berjumpa dengan dia di kawasan sekolah,
aside from kelas,
Dia akan padang mata aku and said,
"Wawa, jaga solat. Jaga Aurat."
Sambil tersenyum

Dan bila aku mula untuk mengenal Tuhan, Mula untuk berjinak pakai pakaian longgar,
Pernah dia bertanya di sekolah,
"Najwa dah tak macam dulu kan?"
Itu Ustazah Nazriah.



Aku juga ada beberapa orang sahabat baik.
One of them is a boy. Ya, kami masih berkawan sampai sekarang.
Cuma jarang berhubung.
Pernah dia menegur aku supaya delete gambar yang di upload oleh kawan aku which menampakkan lengan aku.
Pernah juga dia menegur aku. Err, banyak sebenarnya teguran dia kepada aku.
Dan pernah, kami bergaduh. Sebab dia ada tegur aku something.
Salah aku masa tu. HAHA.
Apa yang aku boleh conclude kan, Kami punya platonic friendship.

Aku juga ada Sahabat-sahabat baik Perempuan.
Dua orang. Ilya dan Damia.
Mereka jua lah yang banyak tegur aku jika aku buat salah.
Mereka jua lah yang akan ingatkan aku kalau aku ada tersingkat kan tudung.
Kalau aku pakai pakaian yang agak ketat. 
Dan kami, masih bersahabat sampai sekarang.
Siap janji nanti aku Nikah, 2 orang tu lah yang jadi honourable bridesmaid. Miahahahaha. Over.

Dan baru-baru ini,
Ada seorang lelaki, PM aku dekat Facebook.
Dia menegur aku tentang Instagram milik aku.
Dia ada kata. Walaupun Aku telah private kan Instagram aku. Tapi dia kata, masih ada lagi lelaki-lelaki ajnabi yang follow aku. Walaupun most of them adalah yang aku kenal. Tapi, masih. Lelaki ajnabi.
Masa aku baca perkataan Instagram. Aku dah boleh agak apa tujuan dia.
I admit that sometimes I exposed myself too much in Instagram.
Yes He is right.A decent woman is a woman who keep herself just for her husband to be. 
Itu apa yang dia kata.

Aku bersyukur kerana dihadirkan manusia seperti mereka semua dalam hidup aku.
Cukup Bersyukur.



Dan bila aku melangkah ke UiTM, aku dahagakan usrah. Aku dahagakan tarbiyah.
Aku cuba mencari di surau Mawar. Tapi, tak. Aku tak jumpa hubungan kekeluargaan yang aku cari.
Entah lah. Mungkin kerana diri aku yang pada masa itu berbolak balik. Mungkin diri aku yang susah nak rasa selesa dengan orang lain.

Tapi walaupun sekarang aku jauh daripada mereka,
Tapi masih, aku menelefon mereka. Meminta teguran dan tarbiyah yang jarang aku dapat di sini.
Sebab aku tahu, hanya mereka yang akan jujur dengan aku. Yang akan honest dengan aku.
Yang akan menegur bila aku buat salah. Yang akan tarbiyah aku bila aku lemah.

Tarbiyah dan teguran itu sebenarnya banyak menyumbang kepada siapa diri aku sekarang.
Bagaimana diri aku sekarang.
Sebab itulah, kadang kadang aku akan cakap dekat kawan-kawan aku.
Tolong tegur aku bila aku ada buat salah. Tolong tegur aku bila aku ada terlepas cakap. 
Terlepas pandang akan apa-apa. 
Sebab aku tahu. The way to shape a good Muslimah is through Tarbiyah,Tazkirah, And Dakwah.
Itu sahaja.

Kadang-kadang aku cuba untuk menjadi seperti mereka mereka yang aktif berdakwah.
Aktif memberi Tazkirah kepada orang lain.
Sebab aku tahu,
Seseorang Muslim itu tidak akan sempurna tanpa dakwah.

Dan kerana itu lah adanya blog ini. 
Sebab aku ini tidak bijak berkata-kata. Kadang kadang Emo. Kadang kadang mental.
HAHAHA
Kalau menulis, at least aku dapat baca balik apa yang aku tulis which yang akan ingatkan aku balik tentang semua benda. Yang akan tarbiyah diri aku.



Kadang-kadang bila kita ditegur,
Terus Emo. Marah. Tapi ketahuilah.
Bahawa orang yang menegur kita itu lah yang benar benar sayang kan kita.
Bukan yang memuji kita. Bukan juga yang hanya senyap bila kita buat salah.

Terimalah nasihat daripada sesiapa sahaja. Even daripada seorang pelacur.
Sebab nasihat-nasihat yang baik lah yang akan shape kita untuk menjadi a better person.
And one thing, Ajarlah diri kita untuk menerima teguran. Sebab itu sahaja cara untuk melembutkan Ego kita yang bergunung-gunung besarnya.

By the way, I just have 3 weeks more in Shah Alam.
And YES! Tak sabar nak balik Kelantan. Nak tinggalkan semua benda di Shah Alam.
But, I still have my finals. Erghhh. -.-'
Wish me luck! :)
Photobucket
 

Smile. Tears. Laugh Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting