Still trying to be a great Muslimah.
Will update this blog someday.
:)
Because He knows what best for us.

February 21, 2014

Tugas Manusia.


Assalamualaikum!

Yesterday, I went to Pusat Islam for iftar.
Dalam hati, I just wish to meet my friends yang ambik CAT. 
Nasyitah. Syakira. Habibah. 
Tapi yang dapat jumpa pun, Nasyitah je. Aihhh.
Even satu UiTM Shah Alam, tapi nak jumpa nya susah. TT.TT

And kebetulan, dia ajak join Usrah which conducted by her seniors.
Yeah. I'm the only one who took Foundation in Law dalam bulatan gembira tu. -.-'
Kak Amani and Kak Ika. They show us a video regarding Palestin and Syria.

Honestly. I just can't bear to see that video till the end.
Especially, when it comes to the part of a girl who tell everything from her heart.
How Israel destroyed her home. Her clothes. Her toys.
And when it comes to the part when they show a picture of a child who have a very skinny body.
I was like. Allah. 

I started to ask myself. 
Where was I when all this thing happened?
Where is the spirit of "Saudara sesama Islam"?
Where were all Muslim at that time?


Perasan tak?
Kadang-kadang kita manusia asyik lupa tujuan hidup kita.
Lupa tugas kita. 
Yeah. We are too committed in doing our job.

Kalau student, bangun pagi, lepas solat subuh, mandi. Pergi Kelas. 
Tengah Hari, solat Zohor. Lepas tu makan. Lepas tu kelas lagi. Then balik. 
Maghrib. Buat assignment. Isya. Tidur.
Dah macam Robot.
Tu Robot yang Muslim lah. Kalau tak, buang part solat tu.

Kita selalu rasa kita dah cukup jadi muslim yang baik kalau dah penuh solat. Dah penuh puasa.
Dah tutup aurat.
Tapi, tugas muslim bukan setakat tu.
Tak cukup kalau setakat solat 5 waktu. Puasa 30 hari Ramadhan. Tutup Aurat.
Di mana tugas kita untuk berdakwah? Di mana tugas kita sebagai Khalifah?

Firman Allah SWT,
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku."
( QS Adz-Dzaariyaat[51]:56 )

Pernah dengar tentang kisah Nabi Musa dan Ahli Ibadah? :)
Dulu. Ada seorang Ahli Ibadah yang asyik beribadah kepada Allah selama 300-350 tahun.
Selama tu dia asyik beribadah je. Dia tak kisah bab orang lain. Yang dia fikir Ibadah je.
Satu hari, dia bertanya kepada Nabi Musa since Nabi Musa is the only Nabi which could talk to Allah SWT.
"Wahai Musa aku telah beribadah kepada ALLAH SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah ALLAH SWT akan meletakkanku di surga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada ALLAH SWT”

Dan bila Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah,
Allah SWT menjawab kepadanya bahawa Ahli Ibadah itu tempatnya di Neraka yang paling bawah.
Nabi Musa terkejut tapi dia menyampaikan jugak kepada Ahli Ibadah itu.

Ahli Ibadah itu terkejut. Dia balik. Malam tu, Dia berfikir tentang keadaan dirinya.
Diaa juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya. Sedangkan dia yang sudah beribadah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh selama 350 tahun, apatah lagi sahabat-sahabat dia yang beribadah kurang daripada dia, Mana lagi tempat mereka di akhirat kelak?

Esoknya, Dia berjumpa lagi dengan Nabi Musa a.s dan berkata.
"Wahai Musa a.s, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". 

Nabi Musa a.s terpegun.
Nabi Musa a.s menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT.
Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.s, maka Allah SWT berfirman, 
"Wahai Musa (Alaihi salaam) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".

Well. I read that story when I was form 2 rasanya. Tapi sampai sekarang ingat.
                                                                          [Sumber]


See. Sebelum ni, Ahli Ibadah tu tak pernah kisah tentang keadaan orang lain selain dirinya. Dia asyik beribadah selama 350 tahun. 350 tahun awak ooii. Bukan 35 tahun. Tapi Allah SWT tak mengurniakan dia Jannah.
Tapi, bila dia secara ikhlas mula mempedulikan tentang keadaan saudaranya, temannya, jirannya.
Allah SWT menempatkan dia di Syurga. 

Dalam hidup ni, it's not only about ourselves. Tapi juga tentang family kita, Sahabat kita, saudara seIslam kita.
Bila aku bercakap tentang saudara seIslam, I talked about Syrian. Palestinian. Gaza. Egyptian. Central African Republic.

Pernah tak kita tanya diri kita. Waktu mereka diuji. Diseksa oleh musuh Islam. Dibunuh. Dirogol.
Di mana kita masa tu? Apa yang kita buat? Pedulikah kita terhadap mereka?

Ingat lagikah janji kita terhadap Allah SWT dulu?
Untuk menjadi khalifah di muka bumi dulu?
Ingatkah kita tentang tujuan sebenar Allah SWT menciptakan kita?

Firman Allah SWT;
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".  
Al-Baqarah; Ayat 30 

Tugas seorang Muslim. Bukan setakat solat, puasa, aurat.
Dakwah kita ke mana? Amanah kita ke mana? Nangis.

Tapi kita sekarang?
Dah jadi macam robot. Setakat Solat, puasa, Aurat.
Kalau ada masa terluang, wayang. Tak pun Karaoke. Movie. Kpop.
Lalainya kita. TT.TT

One day, kita akan ditarik nyawa oleh Al-Khaliq.
Jadi, takkan lah kita selama-lamanya nak hidup macam ni?
Nak hidup pasal diri kita je. Diri orang lain?

So, starting from now.
Apa kata kita start buat sikit-sikit. Kita start cuba pedulikan orang lain. Kita start kongsi sikit-sikit ilmu kita.
Contoh, sahabat baik kita. Adik-beradik kita? :)
Takkan lah kita nak masuk Syurga sorang sorang kan? Mana nak feel.
Tarik lah sekali orang lain. Bak kata Omputeh.
The more the merrier. Eh.


Actually, I posted this for my own self. I need something to keep reminding me of Allah. Of Islam.

Till then.
Assalamualaikum.

Toodles! :D

P/s: Please. Pray For Gaza. Palestinians. Syrian. Egyptian. Dan Terbaru. Central African Republic.
Mohon. Mereka Saudara seIslam kita. :'(



Photobucket

February 10, 2014

Allah dengan Kita



Assalamualaikum!

Lately, aku terlalu banyak masalah.
Peribadi tak peribadi. Public tak Public.
It was just too much. 
Sampai satu masa, it was very overwhelming.
And that day, I put all my works aside. Aku bukak balik blog ni.
Aku bukak balik buku buku nota usrah aku. 
Aku bukak balik semua blog yang selama ni aku buka kalau ada masalah.

And I'd just realized that everything yang selama ni aku cakap dekat orang lain.
Yang aku post dalam blog ni,
Yang aku post dekat Facebook,
Aku dah jarang praktikkan.

For instance, 
I had talked about being strong no matter what had happened.
But me myself.
Sometimes, I just lost myself. And I cried a lot. I complaint a lot.
That day, I was being stress over my future matter.
I started to doubt why on the first place I took Law.
I started to think that maybe my Istikharah doesn't worked. 
That Maybe Law was not the right answer.



But then, I realized.
Since I'm getting into Semester 2, I seldom did Taubat prayer.
I seldom go to Surau.
I seldom puasa sunat.
I seldom solat Tahajud.

And that was like my head banging onto the wall.
I didn't do enough deed. And how dare I was to have a doubt over Allah.
Allah yang Al Wadood. Allah yang Al-Rahman. Allah yang Ar-Rahim. 

I still remembered what my Ustazah said. 
Allah itu akan selalu ada perancangan yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Tinggal kita je antara nak ada faith terhadap Dia atau tak.

Last Thursday,
I was having a quite hard day.
I had a test and speech on the same day. Err. Basically, that speech was supposed for Jumaat.
But, for sudden, I have to do it on Thursday because my Madam have to be absent on Friday. I knew that on 1.20 p.m.
Masa tu, like seriously, I was like kucing hilang anak.
Miserable. Sebab malam sebelum tu, I worked on my speech text and pay less attention to the test since I planned to revise it in the morning. I had read it briefly before that. Also I planned to practice my speech that Malam Jumaat.
So, I'm not fully prepare for both test and speech.
Masa tu, serious macam nak menangis.
I started to ask, Kenapa hari ni Ya Allah. When I'm not fully prepared. TT.TT
And then, Sabrina cakap.
Today is maybe just a little test for us. Dan akan ada ujian yang lebih berat pada masa akan datang.

And I started to think,
Kalau benda ni pun aku nak menangis, nanti benda yang lebih besar akan datang aku nak buat apa?
So, I started to collect myself.
I prayed Zohor. 
And I start revised for the test with friends and practice Speech in 3 hours

Alhamdulillah. Nak kata very well tu tak lah.
Tapi just Alhamdulillah. :') At least, lancar.



Well, here.
I just want to say. 
Perasan tak bila setiap kali kita rasa nak putus asa,
setiap kali kita rasa susah, Tapi still. Kita tak nak jugak mengalah.
At the end of the day, kita akan berjaya jugak buat benda tu.

Perasan tak yang Allah selalu tolong kita bila setiap kali kita berada dalam kesusahan?
Bila kita sesat dalam hidup?
Bila kita rasa betul-betul nak give up.

Despite us making a lot of sins. Everyday. Every hour. Every Minute.
Tapi still. Allah jua lah yang akan bantu kita.

Dia yang bagi kita Oksigen untuk bernafas,
Dia jua yang bagi kita berbagai makanan untuk makan.

Sebenarnya,
Allah tak pernah tinggal kan Kita.
Allah tak pernah lupa kita.
Dekatnya Allah dengan kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita.

Firman Allah SWT,


Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]



Tujuan Allah bagi kita semua ujian ujian itu.
Tak kira lah berat atau tak,
Sebenarnya nak suruh kita ingat Dia.
Dia pencipta Kita. Dia pencipta seluruh alam.

Cuma kadang-kadang,
Kita silap mentafsir yang bahawa Allah bagi semua benda tu sebab Allah tak sayang kita.
Padahal Allah sayang hambaNya lebih daripada seorang Ibu menyayangi anaknya.

Terkadang,
Kita hamba ini yang lupakan Dia.
Yang selalu buat Allah murka.

Tapi Dia dengan kita?



Allah itu dekat.
Tugas kita. Cari Allah.
Dekatkan lagi diri kita dengan Allah.
Itu tugas seorang Hamba. Seorang manusia. :')

Kata nak syurga kan? :)

Till then, Assalamualaikum.

p/s: Before this, I had said that I want to close this blog. But because of someone. I decide to not.
But, just maybe. Maybe I will update this blog less frequently. 

Toodles.


Photobucket
 

Smile. Tears. Laugh Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting