Still trying to be a great Muslimah.
Will update this blog someday.
:)
Because He knows what best for us.

March 23, 2013

Result Oh Result



Assalamualaikum!


Result.
I think mesti ramai gila serbu entry ni. Nak tahu result I lew teuwww.
Haha
No Way Man. 
Let it be as a secret to me, my family and my dearest friends.
:)

Aku tak boleh nak kata result aku teruk sangat. Tak ada lah teruk sangat. Tapi tak ada lah cemerlang sangat.
Average. 
Tapi cukup untuk buat Umi aku kata okay. 
Cukup untuk Mak Long aku kata Alhamdulillah.
Cukup untuk aku beat adik-beradik aku yang sebelum ini.

Even Result aku tu tak capai target aku.
Tak capai apa yang aku nak.
Even result tu buat aku rasa macam nak pergi balik rumah terus menangis.
Even result tu buat aku rasa hidup ni tak adil.
Tapi aku tahu, apa-apa pun, itu apa yang aku dapat. :)
Itu rezeki aku.

Sigh.

Ada yang cakap.
Aku ni tak bersyukur. Sebab aku masih merungut even dapat result tu.
Entahlah.

Jujur aku cakap.
Aku tak rasa happy langsung dengan apa yang aku dapat. 
Sebab aku tahu. Kalau aku usaha sikit je lagi.
Mesti aku dapat apa yang aku nak. 
Even aku tahu ada yang menangis nak kan apa yang aku dapat. Tapi you know. I am the person who live with my own expectation of myself. And I didn't reach that expectation. 
Devastated nya Amat!



Aku tak menangis masa dapat hari tu.
Cuma yang aku boleh cakap. Aku rasa kecewa dengan diri aku.
My Family was okay with my result. I'm glad I have them. They support me. They give me a lot of advice.
Seriously, aku rasa down dengan diri.

Sigh.

Tapi bila kawan-kawan aku cakap yang somewhere in this earth,
Ada yang menangis hanya sebab nakkan result aku.
Aku cuba untuk bersyukur. I did. Tapi ikhlas ke tak, aku pun tak tahu.

Aku tak mencapai apa yang aku nak. Itu yang paling aku kecewa.
Seriously aku kata. 
Lepas aku dapat result, tu pun dari phone since sekolah aku lambat gila nak dapat result.
Aku rasa macam. Allah.
Aku keluar dari sekolah. Drive ke tempat yang at least tak ada lah haru macam dekat sekolah aku.
At least tenang.

Lepas balik rumah. Aku tengok FB. TL.
Most of my friends dapat capai apa yang mereka nak. I'm glad for them.
Tapi masa tu jugak lah aku rasa Hidup ni tak adil.
Aku rasa, kenapa macam ni yang jadi?
Kenapa orang yang tak tutup aurat semua, yang jarang ikut perintah Allah tu jugaklah yang selalu dapat apa yang mereka nak?
Kenapa orang playful tu jugaklah yang dapat apa yang mereka nak?

I dedicate my life towards SPM. 
Aku sanggup tak ikut Umi balik kampung sebab nak hadir Tuisyen.
Aku pekakkan telinga bila ada family aku yang sindir aku jarang balik kampung.

Dan bila aku tak dapat capai target aku.
Aku rasa.
Allah. Kenapa benda ni yang terjadi dekat aku?
I don't want this. Kenapa benda ni jugak yang Kau bagi? Kenapa?
Kenapa orang yang ingkar Perintah Kau jugak Kau bagi mereka kejayaan?
Kenapa orang yang tak tutup aurat tu jugak lah Kau beri mereka kejayaan?

Then aku teringat kata-kata abang aku. Naseef.
Dia Kata.
Allah tak selalu beri apa yang kita nak
Tapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita.

Oh my sweet abang. Ekekeke.

Aku reflect diri aku balik.
Even aku usaha selama ni pun. Mungkin selama ni, Aku lupa hubungan aku dengan Allah. Hubungan aku dengan Family. Hubungan aku dengan kawan-kawan.
Aku juga lupa cara bersyukur.

Manusia selalu macam ni kan?
Kalau tak dapat apa yang dia nak.
Start lah. Salahkan Takdir lah.
Salahkan Tuhan lah.
Macam dah tak percayakan Qada' dan Qadar pulak.

Kalau dapat 11A pun,
masih tak puas hati sebab tak boleh 11A+.
The fact is, Human is not a really grateful creature. *terasa.




Aku lupa.
Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
He knows best. He is the best.

Mungkin aku tak suka result aku sekarang.
But maybe one day,
I would say like this.
"Aku bersyukur sebab dapat banyak tu masa SPM dulu."

Mungkin.

Allah itu Maha Adil.
Tak semestinya orang yang berjaya dalam SPM tu akan berjaya pada masa akan datang.
Tak semestinya juga orang yang berjaya dalam SPM tu jugak lah akan berjaya di Padang Mahsyar nanti.
Kita lupa tentang kisah Mark Zuckerberg.
Tentang kisah Bill Gates. 
Tentang kisah Steve Jobs.
Mereka bukanlah pelajar cemerlang. Tapi mereka berjaya.

Kita belajar tentang bezanya Nikmat dan Rahmat dulu kan?
Nikmat itu Allah beri kepada sesiapa sahaja.
Tak kira lah orang tu tak tutup aurat ke, tak solat ke, tak hape ke.
Buktinya. Ramai bukan orang kafir yang berjaya jugakkan? 

Tetapi Rahmat pula Allah berikan kepada orang Dia kehendaki. I mean the special one.
And I want to be the one. And Rahmat tidak semestinya result yang baik. :)

In fact, benda ni semua merupakan ujian kita sebagai Manusia Daripada Allah.
Result yang Top pun merupakan ujian.
Dan result yang kurang Top pun merupakan ujian dariNya.

Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Aku cuma perlu belajar menerima hakikat. Belajar mencari hikmahNya.
And move on.
Ingat lagi tak ayat ni?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

-Al Baqarah [2:216]- 


Kita tak tahu apa yang dirancangNya.
Tapi yakinlah. Walau apa yang berlaku.
Keep faith with Him.
Allah knows the Best. Dia yang Maha Mengetahui.

Yang penting. Kita move on.

Mungkin. Kali ni bukan rezeki aku.
But then, this is not the ending.
But this is the starting.

Aku tak akan berhenti untuk berusaha. 
Aku tak akan berhenti daripada jadi seorang yang Optimis dalam hidup.
Allah tak akan tengok akan kejayaan seseorang. Tapi Dia akan tengok akan usaha seseorang.

Last thing.
Bersyukur itu penting. 
Walau banyak mana pun kita, Dapat sikit ke, 
Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur.

And oh.
Thanks a lot to my family and friends who keep supporting me till this.
Do know.
I love you all more than anything in this world.
I'm extremely grateful to have you.
Thanks for your advice. Thanks for everything. :)


Photobucket
 

Smile. Tears. Laugh Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting