Still trying to be a great Muslimah.
Will update this blog someday.
:)
Because He knows what best for us.

February 19, 2013

Jom Hijrah! :)

Assalamualaikum!

Someone asked me,
"Payah ke nak berubah?"
Then, I asked her back.
"Berubah macam mana?"
And she answer me.
"Berubah macam Wawa buat lah. Pakai tudung besar, jubah, and etc. I mean berhijrah"

Aku terdiam. Tak reply pertanyaan dia.
Aku fikir balik. Payah ke nak berubah?

Well, honestly aku cakap.
Dulu, sebelum aku buat semua ni, 
Aku rasa nak hijrah ni payah lah kot.
Ya lah, nak tukar kita punya wardrobe? Nak kena tukar kita punya pemakaian? Nak kena tukar semua lah kiranya.
Belum kira lagi, fikiran budak-budak yang kata tudung labuh, jubah, baju kurung, baju longgar ni untuk orang tua.

Frankly speaking, Ia agak menakutkan.
And benda tu jugaklah yang halang aku dari pakai benda ni awal-awal dulu. -.-'
Lepas tu, benda ni aku lupakan.
And spontaneously, here I am. :)



Masa mula-mula aku pakai benda ni kan,
Jujur aku cakap.
Banyak yang aku kena.
Ada yang cakap, aku nampak kolot pakai jubah. Nampak kolot pakai tudung besar. 
Dan juga ada yang kata aku berpura-pura baik.
Menangis jugaklah bila kena macam tu.

I still remember what had someone said to me.

"Ala, dia berubah sebab nak dekat dot dot kan? Macam lah aku tak tahu. All this time aku kenal dia, dia siap gelak lagi kalau orang tanya dia bab tudung labuh. Tiba-tiba dia pakai tudung besar? Oh please lah. Bajet je tu."

Practically, dia tak cakap dekat aku. Dia cakap dekat kawan aku.
Siapa tak menangis bila orang kata kita macam tu?
Masa tu kan, aku lemah tahu tak. Lagi pun, aku baru saja pakai benda ni. Hati ni belum nak kuat sepenuhnya.
Rasa nak balik pada aku dulu-dulu je. Tapi mujur aku masih ada rasa sayang dekat jubah dengan tudung 55' ni. 

So, aku kuatkan diri. Tak nak kalah dengan nafsu. 
Aku kata dekat diri aku.

"I do this because I want to please My Lord Allah. Not those human."

Lagi pun, aku still ada kawan-kawan yang menyokong aku. Family yang sokong aku. Thanks to them.

Aku tahu.
Ramai yang nak berhijrah. Ramai yang nak jadi baik. Ramai yang nak cuba untuk berubah.
Tapi bila fikir apa yang akan kita hadapi bila berubah. Takut dengan apa yang orang kata. Takut tak Istiqamah lah. Apa lah.
Ramai yang lupakan niat tu. Kan?



Tapi fikir balik? Kalau kita tak berubah sekarang, bila lagi kita nak berubah?
Nak tunggu nanti kita umur 60, 70?
Err, dapat ke kita sampai ke umur sebegitu?
Mati ni kan, benda yang kita tak boleh jangka.
Kalau lah, aku tahu bila aku akan mati.
Tak perlu aku nak pakai tudung segala. Free Hair terus. Spaghetti strap, Short pants, Mini Skirt. Semua benda yang seksi meksi aku nak pakai.
Lepas tu, setahun dua tahun sebelum aku mati,
Aku taubat lah. Kan senang. -.-'

Tapi, masalahnya.
Aku tak tahu bila aku akan mati. Kita tak tahu bila kita akan mati.
Ke ada di sini yang tahu bila dia akan Mati? Come and meet me.
Bila mati dah sampai, Boleh ke kita cakap dekat Malaikat Izrail

"Tunggu sebentar. Jangan ambil nyawa aku lagi. Bagi masa untuk aku bertaubat. Bagi masa untuk aku berubah, untuk aku tutup aurat."

Boleh ke kawan-kawan?

Then, ada pula yang kata.

"Ala, tak nak lah aku Berubah. Nanti aku tak boleh buat tu. Buat ni. Susahlah. Lagi pun, aku dah solat 5 waktu. Puasa 30 hari. Cukup lah tu. Nak buat apa lagi?"

Habis tu, ingat masuk syurga ni senang ke?
Ingat boleh masuk syurga ke dengan setakat sembahyang 5 waktu and puasa 30 hari cukup?

Misalnya, 
Nak masuk Syurga kena ada markah at least 80 markah. Kira paling sikit lah tu markah yang kita kena dapat.
Then, Solat 5 waktu cukup dan puasa 30 hari cukup tu, Cukup-cukup bagi kita markah 80.
Tapi kan, pernah tak kita fikir,
Kalau solat yang kita buat tu ada yang tak sah sebab ada najis ke. 
Kalau puasa yang kita buat tu ada yang terbatal sebab kita terbuat benda yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedar?
Tengok-tengok, markah dah jadi 79. 
Masa tu, nak menyesal dah tak boleh.
Nak menyesal sebab tak tutup aurat. Nak menyesal sebab tak jaga mulut betul-betul. Nak menyesal sebab selalu umpatkan orang.
Masa tu, dah terlambat. Dah tak boleh nak balik ke dunia nak tambah balik kita punya markah.

Tapi, again.
Logik lah sikit. Kalau setakat solat 5 waktu, puasa 30 hari. Cukup ke nak masuk syurga?
Aurat ke mana? Akhlak ke mana? 

Sampai bila kita nak kata dekat diri kita,

"Bila Hidayah sampai, aku berubahlah."

"Bila Hidayah sampai, aku pakai lah tudung."

"Bila Hidayah sampai, aku hijrahlah."

Bagi aku. Itu alasan orang malas. Orang yang takut pada realiti.
Realitinya, Kita pinjam semua dari Allah.
Semua benda yang kita ada sekarang, Kita pinjam daripada Allah.
Keluarga kita, Badan kita, Mulut kita, Mata kita, Segalanya yang kita ada sekarang, Milik Allah.



Katakanlah,
Kau bagi pinjam pensel kau dekat orang lain.
Then, kau pun kata,
"Jaga betul-betul pensel tu. Jangan bagi kotor pun!"
Tiba-tiba, orang yang meminjam tu kotorkan pensel tu.
Kau macam mana? Mesti marah kan?

Well, Let's apply the same logic dekat sini.
Allah bagi pinjam mulut dekat kita. Dia suruh kita cakap benda baik-baik je.
Tapi kita gunakan untuk mengumpat orang.
Allah bagi pinjam badan kita. Dia suruh kita tutup aurat.
Tapi kita dedahkan jugak aurat kita.
Agak-agak, Allah rasa macam mana?

Muhasabah diri balik. Sampai bila kita nak stay macam ni?
Redha je dengan diri kita sekarang. 
Kalau jahat, redha je kita jahat.
Kalau tak tutup aurat, redha je kita tak tutup aurat.
Tak nak maksud syurga ke?

Aku tak kata yang Berubah tu senang. 
Honestly, bila kita cuba untuk berubah jadi baik, memang akan ada banyak benda yang menyerang.
Kita akan berbolak-balik dengan perasaan kita sendiri. Bukan perasaan sebenarnya. Tetapi Nafsu.
Tapi bukan ke syurga tu mahal?
Benda yang mahal ni memang susah nak dapat. Kena buat macam-macam, kena hadap macam-macam.
Baru lah boleh masuk syurga.

Bila nak berubah.
Aku tak kata kita perlu berubah secara drastik. 
Cukup dengan kita berubah sikit-sikit. Tapi Istiqamah.

Contohnya, 
Kalau dulu kita tak pakai sarung kaki, sekarang kita start pakai sarung kaki.
Kalau dulu kita pakai tudung singkat, sekarang kita labuhkan tudung kita. Biar tutup apa yang patut.
Kalau dulu kita lebih banyak lepak dekat Mall berbanding di masjid, sekarang kita rajinkanlah kaki kita biar melangkah ke Rumah Allah yang comel itu.
Yang penting Istiqamah!



Kalau orang nak kata apa dekat kita. Orang nak maki? Lantak lah!
Nama pun manusia kan? Kita buat jahat pun dia maki. Kita buat baik pun dia maki.
Yang Penting, dekat Atas sana. Kita dipuji.

Aku tak kata aku ni baik. Aku ni masih lagi macam dulu. Masih gila-gila.
Masih punya kelemahan yang banyak.

Tapi kita berubahlah sama-sama. 
Sama-sama menegur silap salah masing-masing. Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain.
Takkanlah aku nak masuk syurga sorang-sorang kan?
Aku pun nak kawan-kawan aku masuk syurga sekali. Baru best! Hihi.

Ingat.
'Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.' [Ar-Rad : 11]

Kalau kita tak berubah sekarang. Bila lagi?
Kan?
Kalau ada yang rasa dia dah tua nak berubah,
Fikir ni. 
Better late than never kan?
So, apa lagi?
Jom Hijrah!


Photobucket
 

Smile. Tears. Laugh Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting