Still trying to be a great Muslimah.
Will update this blog someday.
:)
Because He knows what best for us.

September 16, 2012

Me as Student.



Assalamualaikum!

Wohoooo. Tinggal 3 bulan je lagi untuk aku memakai baju putih, tudung labuh, kain purple. Including SPM time.
And then I will leave my school, and start as a freshman in University. Insyaallah. :)

Tapi tinggal 3 bulan je lagi, aku baru nak post kehidupan aku sebagai student. wakaka. Sebenarnya ini adalah last entry sebelum SPM. lepas tu, memang dah payah nak online.

Sedar tak sedar, dah 11 tahun aku ulang alik ke sekolah. Ya lah. 11 tahun lah termasuk masa sekolah rendah dulu.

Dulu, masa aku sekolah rendah, aku ni kind of tomboy kot.
HAHA. aku pernah pukul budak lelaki belakang aku dengan buku yang kulit keras setebal 400 pages. Bergaduh dengan budak lelaki. Berkawan dengan budak lelaki. Yang paling aku ingat, Zaim, Idraki, Kamarulzaman, dengan Faiq Fitri. Mungkin sebab mereka yang duduk belakang tempat aku dulu. tapi kalau jumpa, entah cam, entah tak.
Okay. bila ingat balik memang teruk kot aku dulu. haha.

Masa sekolah rendah jugak dulu,
Aku tak suka sangat English Language , dengan Science subject.
Kira dua benda tu, aku rasa nak buang dekat tepi longkang. setiap kali buat dua subjek tu, memang kecik besar kecik besar je aku tengok. HAHA. tapi still, masa tu, aku dapat score benda tu dekat grade B je. nak dapat A tu, memang perghh. rasa susah gila kot. HAHA
Tapi bila naik standard 5, both of that jadi antara subject Favourite aku. tapi masih susah sangat nak dapat A. Aih. =.='
Tapi antara subject Favourite aku, Mathematic. It is my most favourite subject. sampai sekarang, aku masih suka bermain dengan nombor. Masa aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat B untuk Mathematic. Weee. Hebat tak? haha. 

Aku rasa macam ni je kot aku ngan Classmate aku dulu. Tapi kami senyap. Biasalah  budak kelas first. STRAIGHT!


Aku sekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3. Sangat Awesome itu sekolah. :)
Most of student dekat sana, memang pandai-pandai. Buktinya? kebanyakan classmate aku sekolah dekat sekolah-sekolah Elit. aku je yang ambik Maahad Pengajian Islam.
And yes. aku bukanlah antara yang terpandai. aku cuma biasa-biasa sahaja. AKu biasa duduk tengah-tengah. Pandai pun tak, Tak pandai pun tak. Biasalah, budak pemalas. xD

Naik sekolah menengah, Aku pilih Maahad Muhammadi Perempuan. Dipengaruhi oleh kejayaan Kak Fatimah mungkin. 
Masa dekat MMP, masa tu lah aku baru kenal Bahasa Arab. Mula-mula aku eager lah jugak nak belajar. Tapi disebabkan satu peristiwa, Bahasa Arab menjadi antara subject paling aku tak suka dan paling aku lemah. sangat!
Even masa PMR, aku stuck dekat Bahasa Arab. Sadis. sangat sadis.
tapi masa tu, memang. pelajar-pelajar dekat MMP, memang perghhh. Bijak, Pandai, Genius, semua bagi dekat dia lah!

Tapi dekat MMP, Maths still menjadi subject yang aku suka. :)
Dan naik tingkatan 1, aku jadi minat sangat dengan talks. Speech, And whatsoever.
Semua yang berkaitan dengan English, aku akan masuk. tapi as i said, nak bersaing dengan pelajar MMP? payah gila kot.=.='

Dekat MMP, sifat malas tu masih ada. Payah nak tinggal. HAHA.
aku bukan lah jenis yang rajin. Say what? Heroin tak Gaduh?
sengal.
Even masa PMR pun aku tak ada lah  rajin sangat. aku jarang study banyak sangat.
Tapi bangun malam nak study menjadi kewajipan aku kot masa tu. Nak buat kerja sekolah yang bertimbun. haha.
Sama lah macam sekarang. Aku tak pernah study lebih dari 2 jam. HAHA.
PEMALAS! sangat MALAS.
patut lah result cukup-cukup makan. =.='

Sepanjang aku jadi student, semua guru kata aku ni bising.
Cakap banyak. T.T
Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. mulut aku ni betul-betul cakap banyak.
HAHA. sampai aku dapat nickname wawabudopgege. -.-'
Macam-macam.

Tapi satu je yang aku paling perasan tentang diri aku.
Daya saing aku amat tinggi.
amat tinggi. Kalau aku dah cop seseorang tu pesaing aku, aku akan cuba lintas dia.
dalam semua genap segi. HAHA. tapi Saingan dalam pelajaran je lah. dalam hidup, kawan Baik. :)

Okay then. Ada lagi kot perangai aku masa jadi student. But it is enough for now. 
Akhir kata, Wish me luck for my biggest exam ever!
And kepada kawan-kawan aku yang senasib dengan aku, 
Including 5 Ibnu Sina 2, Kawan-kawan dekat MMP, Ex S3K3, Damia, Ilya, Nik, Syahirah, Syazween, Ubai, Adib, Thoriq, Ayeh, Haikal, dan sesiapa yang kenal dengan diri ini, 

I wish you,

Good Luck For Your SPM.
Do your best. Strive for your dream. Strive for your life.
Peace. :)

Photobucket
 

Smile. Tears. Laugh Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting